Monday, December 15, 2008

Kuasa Allah - Tuan rumah lega 'pencuri' selamat


Che Ibrahim menunjukkan bahagian dapur rumahnya yang ada kesan digelidah pencuri di Kampung Binjai, Kemaman baru-baru ini.

KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."

Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.

Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.

Che Ibrahim berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, isterinya pengsan apabila mendapati rumah dalam keadaan bersepah serta terdengar bunyi orang mengerang kesakitan di dalam bilik tidur.

"Bila saya periksa seorang lelaki yang saya kenal berada dalam keadaan lemah dan gagal keluar dari rumah kerana mendakwa pandangannya gelap akibat dihalang objek besar.

"Mujurlah kami hanya pulang selama tiga hari, kalau seminggu mungkin dia dah tak bernyawa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun terperangkap di dalam rumah milik pasangan suami itu semasa dipercayai mahu mencuri barangan berharga.

Suspek ditemui keletihan dan hampir kebuluran kerana tidak dapat mencari makanan serta mendakwa suasana di dalam rumah itu gelap-gelita.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/...13.htm

Komen :
Inilah kuasa Allah... Allah nak tunjukkan kebenaran dan kekuasaannya... Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu sentiasa dalam jagaan Allah...

3 comments:

Unknown said...

en admin.....balasan tu!!
lepas ni mesti serik nak mencuri, ada hikmahnya.

Unknown said...

Lama tak update blog?

www.duniacacamarba.blogspot.com

ShamGetSlim said...

huhuhu.... busy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...